SOAL JAWAB MENGENAI KEGIATAN PERJUDIAN
pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah, 1-7 November 2001
YB. Datuk Yong Teck Lee, Wakil Rakyat N.13 Kawasan Likas
mengemukakan 6 soalan pada Sidang Dewan Undangan Negeri yang berlangsung pada 1 hingga 7
November 2001 tentang perkara-perkara berhubung dengan isu perjudian di Sabah.
Jawapan lisan kepada Soalan 1 sudah diberikan dalam
sidang Dewan Undangan Negeri pada 5 November 2001. Jawapan bertulis kepada soalan-soalan
lain yang dikemukakan pada persidangan tersebut diberikan selepas Sidang Dewan
ditangguhkan.
Memandangkan minat yang bergitu meluas dikalangan orang
ramai mengenai isu perjudian maka Wakil Rakyat Likas mengeluarkan butir-butir soal jawab
pada persidangan tersebut seperti yang tertera di bawah. Dengan ini rakyat Sabah
terutamanya di Kawasan Likas mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai situasi
tersebut.
(Nota peribadi Yong terdapat diakhir setiap
jawapan.)
Pada Isnin, 5 November 2001
Soalan 1:
YB Datuk Yong Teck Lee bertanya kepada Ketua Menteri untuk menyatakan pada tahun bilakah
lessen perjudian yang pertama dikeluarkan kepada:
(a) Sport Toto;
(b) Sandakan Turf Club;
(c) Syarikat Diriwan Corporation Sdn. Bhd.
Adakah lessen-lesen ini dikeluarkan oleh Kerajaan
Negeri atau Persekutuan? Berapaka jumlah cabutan seminggu bagi satu-satu syarikat
diluluskan kepada setiap syarikat ?
Jawapan:
Tuan Speaker, Lesen perjudian yang pertama dikeluarkan kepada:
(a) Lesen Sport Toto dikeluarkan pada tahun 1970;
(b) Lesen Sandakan Turf Club dikeluarkan pada tahun 1975;
(c) Lesen Syarikat Diriwan Corporation Sdn. Bhd. dikeluarkan pada 1988 (06 Ogos).
Tuan Speaker,
Lesen-lesen perjudian di Negeri Sabah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta
Pertaruhan Pool 1967 yang telah dipanjangkan ke Sabah pada 1992.
Bilangan cabutan ialah 3 kali cabutan diadakan dalam
seminggu iaitu hari Rabu, Sabtu dan Ahad. Sekian.
[Nota: Tiada satu pun lessen perjudian dikeluarkan
oleh Kerajaan Barisan Nasional dibawah mana-mana satu Ketua Menteri.]
Pada Selesa, 6 November 2001
Soalan 22:
YB Datuk Yong Teck Lee bertanya kepada Ketua Menteri untuk menyatakan:
(a) Jumlah pusat-pusat 4-D bagi setiap syarikat yang telah diberikan lesen perjudian di
Sabah sejak tahun 1991 hinga 2001;
(b) Jumlah cabutan dan hari-hari cabutan yang telah diluluskan kepada setiap syarikat
perjudian 4-D sejak 1991 hingga 2001.
Jawapan:
Jumlah pusat-pusat 4-D bagi setiap syarikat yang telah diberikan lessen perjudian di Sabah
sejak tahun 1991 hingga 2001 adalah seperti berikut:
|
Name of Company |
No. of Outlets in 1994 |
No. of Outlets in 1996 |
No. of Outlets in 1997 |
|
Sport Toto |
66 |
33 |
33 |
|
Sandakan Turf Club |
120 |
60 |
50 |
|
Syarikat Diriwan Corporation Sdn Bhd |
207 |
120 |
- |
Tuan Speaker,
Jumlah cabutan seminggu yang telah dibenarkan kepada setiap syarikat perjudian pada 1991
hingga 2001 ialah 3 kali dalam seminggu iaitu Rabu, Sabtu dan Ahad.
Sekian.
[Nota:
(1) Kerajaan Barisan Nasional sentiasa konsistent dan adil dalam usaha mengurankan
pusat-pusat perjudian dan jumlah cabutan bagi semua syarikat perjudian.
(2) Kehilangan 120 buah pusat perjudian dimiliki oleh Syarikat Diriwan Corporation Sdn.
Bhd. (Lotteries 88) tidak pernah diganti dengan syarikat perjudian lain.]
Pada Isnin, 5 November 2001
Soalan 24:
YB Datuk Yong Teck Lee bertanya kepada Ketua Menteri untuk menyatakan:
(a) Berapakah pusat-pusat 4-D yang diluluskan bagi setiap syarikat perjudian yang berlesen
pada 01 Oktober 2001. Apakah bilangan pusat-pusat 4-D pada tahun 2002;
(b) Berapakah jumlah cabutan seminggu yang telah dibenarkan kepada setiap syarikat
perjudian pada 01 Oktober 2001. Apakah bilangan cabutan seminggu yang dibenarkan pada
tahun 2002.
Jawapan:
Tuan Speaker, Saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Ahli dari Kawasan N.13 Likas ini
serentak dengan soalan beliau No. 23 pada Selasa 6 November 2001
memandangkan isu yang dibangkitkan adalah berkaitan.
Tuan Speaker,
(a) Jumlah pusat-pusat 4-D yang diluluskan bagi setiap syarikat perjudian yang berlesen
pada 01 Oktober 2001 adalah seperti berikut:-
i.) Sport Toto - 33 buah outlets
ii) Sandakan Turf Club - 40 buah outlets
iii) Syarikat Diriwan Corporation Sdn. Bhd. - 40 buah outlets
Tuan Speaker,
Perbendaharaan Malaysia telah memutuskan untuk mengurangkan bilangan outlets STC daripada
50 kepada 40 outlets. Walau bagaimanapun, STC telah membuat rayuan keatas 10 outlets
supaya dapat beroperasi sehingga 31 Disember 2001.
Tuan Speaker,
Bilangan pusat-pusat 4-D pada tahun 2002 adalah seperti berikut:-
Sport Toto - 33 buah pusat; Sandakan Turf Club - 40 buah pusat; dan Syarikat
Diriwan Corporation Sdn.Bhd. - 40 buah pusat.
Tuan Speaker,
(b) Jumlah cabutan seminggu yang telah dibenarkan kepada setiap syarikat perjudian pada 01
Oktober 2001 dan bilangan cabutan seminggu yang dibenarkan pada tahun 2002 ialah 3 kali
cabutan dalam seminggu iaitu hari Rabu, Sabtu dan Ahad.
Tuan Speaker,
Lesen Pertaruhan Pool adalah dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Persektuan di bawah Akta
Pertaruhan Pool 1967.
Sejauhmana yang Kerajaan Negeri tahu, lesen Pertaruhan
Pool yang dikeluarkan kepada Diriwan Corporation Sdn. Bhd. [Syarikat Diriwan] tidak pernah
dibatalkan. Apa yang berlaku ialah Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan pembaharuan lesen
tersebut bagi Syarikat Diriwan mulai tahun 2000. Kuasa untuk memperbaharui lesen
Pertaruhan Pool adalah diletakhak pada Menteri Kewangan Malaysia. Kerajaan Negeri hanya
diberi peluang untuk memberi pandangan dari segi dasar sahaja. Oleh sebab itu Kerajaan
Negeri tidak ada maklumat mengenai sebab-sebab mengapa lesen induk perjudian yang telah
diluluskan kepada Syarikat Diriwan tidak diperbaharui oleh Kerajaan Persekutuan.
Sekian.
[Nota: Keterangan sendiri.
1. Pusat-pusat meningkat 30 keseluruhannya. Cabutan meningkat 3 seminggu.
2. Jikalau Kerajaan Negeri betul-betul tidak tahu kenapa lessen perjudian telah dibatalkan
/ tidak di perbaharui oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri harus mendapat
sebabnya.
3. Apakah pandangan Kerajaan Negeri yang di berikan kepada Kerajaan Persekutuan terhadap
dasar Kerajaan ini ?] .
Maklumat Tambahan Bagi Soalan No. 24
Lesen Perniagaan (perjudian) di Sabah adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa
Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Trades Licensing Ordinance 1948. Pihak Berkuasa
Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai
yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan. Pihak Berkuasa
Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Trades
Licensing Ordinance 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai
mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada
kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan
supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertahuran
Pool.
Selain daripada Lesen Perniagaan di bawah Trades
Licensing Ordinance, lesen undang-undang kecil yang berkuatkuasa di Pihak Berkuasa
Tempatan yang ada kaitan dengan aktiviti perjudian ialah Undang-Undang Kecil [Penggunaan
Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan
1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Setiap aktiviti perjudian di kawasan
Pihak Berkuasa Tempatan adalah dilarang diadakan di mana-mana premis kecuali mendapat
lesen di bawah undang-undang tersebut.
[Nota: Keterangan sendiri..]
Pada Selesa 6 November 2001
Soalan 23:
YB Datuk Yong Teck Lee bertanya kepada Ketua Menteri untuk menyatakan bilakah lesen
perjudian dipunyai oleh Diriwan Corporation Sdn. Bhd. Dibatalkan ? Adakah lessen tersebut
dibatalkan oleh Kerajaan Negeri atau Persekutuan ? Apakah sebab kepada pembatalan itu ?
[Nota: Keterangan sendiri Soalan ini telah dijawab
serentak dengan Soalan No. 24 pada Isnin, 5 November 2001.]
Soalan No. 28:
YB Datuk Yong Teck Lee bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan apakah
Terma Rujukan Jawatankuasa Kabinet ke atas Padang Lumba Kuda Tambalang. Apakah hasil atau
rekomendasi daripada Jawatankuasa Kabinet.
Jawapan:
Tuan Speaker,
Untuk menjawap soalan Ahli Yang Berhormat ADUN N. 13 Likas, Jawatankuasa Kabinet mengenai
Padang Lumba Kuda Tambalang tidak mempunyai terma-terma rujukan secara terperinci tetapi
secara umumnya dipertanggungjawabkan untuk mengkaji pembangunan semula Tambalang.
Jawatankuasa tersebut telah beberapa kali
bermesyuarat untuk mendengar laporan dan penjelasan daripada agensi-agensi berkenaan
khususnya Jabatan Peguam Besar Negeri dan Kementerian Kewangan selaku pihak yang
mendatangani Perjanjian Pajakan Padang Lumba Kuda tersebut bagi pihak Kerajaan Negeri
dengan Syarikat Diriwan dikemukakan, Jawatankuasa tersebut seterusnya telah membuat
rekomendasi supaya Kementerian saya menyediakan Kertas Kabinet untuk mengemukakan
syor-syor yang difikirkan sesuai untuk pembangunan semula Padang Lumba Kuda
tersebut.
[Nota: Keterangan sendiri.]
Soalan No. 30:
Y.B. Datuk Yong Teck Lee bertanya kepada Menteri Kewangan sama ada Kerajaan Negeri
telah sepenuhnya mematuhi syarat-syarat perjanjian sewa dengan Syarikat Diriwan
Corporation Sdn Bhd bagi Padang Lumba Kuda Tambalang. Jika tidak, apakah
pelanggaran-pelanggaran perjanjian itu. Adakah Syarikat Diriwan Corporation Sdn Bhd
juga telah sepenuhnya patuh kepada perjanjian. Jika tidak, apakah pelanggaran-pelanggaran
perjanjian itu.
Jawapan:
Tuan Speaker,
Untuk menjawab soalan YB dari Likas, Kerajaan Negeri tidak melakukan apa-apa pelanggaran
sejauhmana yang berkaitan dengan peruntukan dalam perjanjian sewa Diriwan Corporation Sdn
Bhd. Sebaliknya Diriwan Corporation Sdn Bhd sejak pada Jun 2000 telah gagal membuat
pembayaran sewa bulanan RM250,000.00 ke atas Padang Lumba Kuda Tambalang. Mereka juga
tidak melakukan kerja penyelenggaraan seperti dikehendaki. Bagaimanapun pihak Syarikat
telah mnulis surat kepada Kerajaan Negeri meminta kelonggaran daripada syarat-syarat
tersebut sehinggalah mereka dapat beroperasi semula dengan remalan nombor
seterusnya.
Kerajaan telah bersetuju membaharui lesen perniagaan
Syarikat bagi operasi ramalan nombor dengan syarat perjanjian sewa perlu dikaji semula.
Disamping itu, Diriwan Corporation Sdn Bhd diminta membayar tunggakan sewa bulanan sejak
Jun 2000 sehingga sekarang, memperbaiki keadaan ke atas Padang Lumba Kuda Tambalang dan
mengemukakan konsep baru tentang pembangunan di Padang Lumba Kudat Tambalang. |